Call Me Shaa :)

Le' Beauty



◕‿◕

❤ Ssup?
❤ Natasha Amigha
❤ Beatiful and Sexy
❤ April of 8
❤ Sekolah Tutup
❤ Please stalk me?
❤ Loveyou
❤ Leave Your FootPrint
❤ Thank You


Instagram



Kakao Talk



◕‿◕



Any question?

Thank You


Template Officialy: Aien Minhoo
Edit by: Natasha Amigha
Header: Kemetot Chomel

CONTOH KKS MOZAC PMR 2011 ! * BUKAN SALIN TP SBGAI CONTOH ~
PERINCIAN PERANAN ATAU
TANGGUNGJAWAB BIDANG TUGAS PENTADBIR

·         Merancang dan menggalakkan pembangunan di kawasan bandaraya yang selari dengan
undang-undang dan dasar-dasar pembangunan negeri dan negara .

·         Merancang dan menggalakkan aktiviti perdagangan , perindustrian  dan pelancongan bersesuaian dengan strategi pembangunan negeri .

·         Memupuk semangat cinta akan organisasi dan bekerja sebagai satu pasukan dan mempunyai satu matlamat ke arah menyediakan organisasi yang kukuh , dinamik dan cemerlang .


·         Memantapkan sistem dan cara bekerja supaya lebih telus , cepat dan cekap .

·         Melahirkan pekerja yang berdedikasi , cergas dan rajin .

·         Perkonsian peranan masyarakat serta agensi-agensi lain dengan lebih berkesan .
KAEDAH KAJIAN

Saya telah menggunakan beberapa kaedah untuk menjalankan kerja khursus ini . Antara kaedah kajian yang telah saya gunakan ialah dengan mengadakan lawatan dan membuat sedikit pemerhatian di institusi tempatan yang terdapat di kawasan tempat tinggal saya iaitu Majlis Bandaraya Melaka Bersejarah . Saya telah mengambil beberapa keping gambar sebagai bukti saya melawat ke kawasan intitusi tersebut .  
Selain itu , saya juga ada membuat sedikit penyelidikan perpustakaan . Saya telah mengambil beberapa helaian surat khabar bagi mendapatkan serba sedikit maklumat berkaitan institusi tersebut . Antara akhbar yang telah saya perolehi ialah Melaka Hari Ini , Metro dan lain-lain yang mengandungi pelbagai isu semasa yang berlaku di Melaka . Salah satu akhbar yang memaparkan peranan institusi tempatan di kawasan saya ialah akhbar Melaka Hari Ini  yang bertajuk “Program ‘Peniaga PBT Tegas Berhemah’ Tingkat Tahap Kebersihan Premis” pada 25 Februari 2011 halaman 18 .
Akhir sekali , kaedah kajian yang telah saya gunakan ialah dengan melayari . Saya telah melayari internet bertujuan untuk memudahkan saya menyiapkan kerja khursus dengan maklumat yang telah dipeolehi daripada internet . Antara laman web yang telah saya layari ialah http://mbmb.gov.my/ . Dalam laman web tersebut , terdapat banyak maklumat yang boleh diperolehi dalam masa yang singkat .
PENGHARGAAN

Saya bersyukur tidak terhingga kehadrat  ALLAH S.W.T. kerana dengan limpah kurnia-NYA dapat saya menyiapkan kerja khursus ini tepat pada masanya .
 Selain itu , saya ingin menyatakan ucapan jutaan terima kasih kepada pengetua Sekolah Menengah Sains Muzaffar Syah ,iaitu  EN. BAHARUDIN B. BORHAN kerana telah memberikan kebenaran kepada saya untuk menjalankan kerja khursus ini .
Seterusnya , saya ingin mengucapkan ribuan terima kasih kepada kedua ibu bapa saya , iaitu NOR AZMAN B HJ MOHD NOR dan SARINAH BT HJ EMBI kerana memberikan sokongan dan dorongan kepada saya untuk menyiapkan kerja kursus ini. Banyak wang ringgit yang telah mereka habiskan demi memastikan kajian ini dapat dilaksanakan dengan jayanya.
Kemudian , tidak lupa juga kepada guru SEJARAH saya  ,iaitu  PN. NOORWATI BT SULIEMAN yang telah banyak memberikan dorongan dan tunjuk ajar kepada saya sepanjang kajian ini dijalankan .
Dikesempatan ini , saya juga ingin mengucapkan ribuan terima kasih kepada rakan-rakan saya , iaitu AMALINA , EVANA , ADILAH dan HURIL yang turut bersama –sama membantu saya dalam menjayakan kerja khursus ini .
Sebelum saya mengakhiri penulisan saya ini , terima kasih diucapkan kepada semua pihak respondan yang terlibat secara langsung atau tidak langsung bersama saya dalam menyiapkan kerja khursus ini . Hanya Allah sahaja yang dapat jasa dan budi baik kalian semua .

SENARAI PENTADBIR

SENARAI AHLI-AHLI MAJLIS MBMB
 AMEK DEKAT DLM LAMAN WEB
PERKEMBANGAN

Perancangan masa hadapan- Mbmb mndpt pengiktirafan 4 bntang pda thon lpas & kami mrancg utk mndptkn penarafan 5 bntg & mnjdi Pihak Berkuasa Tempatan / Kerajaan Tmpatan yg terbaek dlm mmbrikan prkhdmtn kpda penduduknya .
- Mrncang utk mmbrikan prkhdmtn yg lbih baek kpda pnduduk bndaraya . mewujudkan bndaraya yg dinamik & cmerlg .
Cabaran
- Mbmb perlu mnyelesaikan aduan dgn sgra . aduan yg diselesaikn bergntung kpda permslhan yg dihdapi pnduduk bndr .
- Perlu mrncang pmbngunan agr ia mnepati kperluan & tdk mnyusahkan atau mmbri kemudaratan kpda pnduduk bndraya .
- Perlu mmbrikan prkhidmtn yg terbaik kpda pnduduk bndaraya dlm plbgai situasi .

Keistimewaan - Mbmb diiktiraf oleh persatuan bangsa bersatu (UNESCO) sbgai bndr warisan dunia .
- Mbmb prlu mngekalkan status ini utk memstikn daya tarikan pelncong dan keunikan di mbmb
- Mbmb meraikan pengisytiharan bndaraya warisan dunia stiap 7 julai stiap tahon

Pngiktirafan
- Mbmb mndpt peniktirafan MS ISO 9001:2008
- Pngiktirafan IQNET
- Pngiktirafan 4 bntang
- Mndpt anugerah kualiti ktua mnteri mlka

• Cara Pelantikan Pentadbir Tempatan

Syarat-syarat Pelantikan :

Mesti warganegara .
Bekas anggota bersara tidak akan dilantik semula kecuali kelulusan khas/Jawatankuasa Pelantikan.
Bekas anggota yang dibuang kerana tindakan tatatertib atau kerja yang tidak memuaskan tidak boleh dilantik semula.
Seorang pegawai boleh diarahkan oleh kerajaan untuk di mana-mana Jabatan atau Bahagian.
Seorang pegawai boleh dipinjamkan oleh kerajaan untuk berkhidmat dalam majlis mengikut syarat khas.
Mesti mematuhi setiap pekeliling ,surat pekeliling atau arahan yang dikeluarkan oleh kerajaan atau majlis .
Seseorang pekerja yang berstatus kontrak boleh ditamatkan atau dilantik semula kontraknya dalam tempoh 6 bulan sebelum tamat tempoh kontraknya .Syarat baru boleh ditambah dalam kontrak baru.

Pengambilan atau Pelantikan :
Iklan atau Jawatankuasa
Permohonan pegawai sedang berkhidmat mesti melalui ketua jabatan .Sertakan laporan lengkap (laporan sulit)
Surat tawaran
Pemeriksaan kesihatan
Rekod jenayah –surat sumpah

Pelantikan dijalankan oleh Jawatankuasa Perlantikan yang terdiri daripada :
Yang Dipertua /Datuk Bandar
Setiausaha
Ahli Majlis (seorang)

OBJEKTIF KAJIAN

Berpandukan tugasan kerja khursus Sejarah PMR 2011 , tajuk yang ditetapkan oleh Lembaga Peperiksaan KPM ialah Institusi Pentadbiran Tempatan . Justeru itu , Sekolah Menengah Sains Muzaffar Syah , Melaka telah menetapkan tajuk kajian ialah “Majlis Bandaraya Melaka Bersejarah (MBMB)”.
 Berikut adalah antara objektif kajian yang telah saya perolehi :
·         Mengenali fungsi dan peranan Majlis Bandaraya Melaka Bersejarah (MBMB) dengan jelas sebagai badan kerajaan yang memberi perkhidmatan kepada rakyat .
·         Menghargai sumbangan Majlis Bandaraya Melaka Bersejarah (MBMB) dalam memajukan dan mengindahkan Melaka selaras dengan status pengiktirafan “Melaka Negeri Maju 2011”.
·         Memupuk semangat cinta akan negara dan tanah air serta sanggup berkorban masa dan tenaga demi memastikan kemajuan negara seperti yang ditunjukkan oleh Majlis Bandaraya Melaka Bersejarah (MBMB) dalam menjalankan tanggungjawab yang diberikan .
·         Melatih diri bekerjasama dan bantu-membantu antara satu sama lain dalam melaksanakan tugasan yang diberikan di dalam kumpulan .

 
❤ Past ❤ | ❤ Future ❤